Isnin, 21 Julai 2014

Agen Public Gold vs Trader Public Gold

Nak bagitau yang aku dah berjaya jadi Normal Agen Public Gold tanpa mengeluarkan duit RM20k atau membuat pinjaman 20k. Kalau nak tau rahsianya boleh la contact aku untuk kita borak-borak tentang pelaburan emas ni. Topik hari ni aku nak bincangkan tentang cara membuat keuntungan dari emas ni.

Seperti yang Sifu aku katakan, dalam pelaburan emas ni kita kena tahu kat mana position kita. Nak jadi penyimpan emas ke, nak jadi trader ke, atau nak jadi agen (semata-mata). Cuba tengok contoh kat bawah ni.

Trader vs Agen vs Saving

Kalau kita perhatikan, kesemua cara memang boleh buat keuntungan. Tapi nak aku tekankan kat sini jangan nanti satu hari rasa tertipu bila tak dapat untung kerana tak pasti kat mana peranan kita yang sebenar. Sebelum ni ada aku bincangkan tentang teknik menjadi agen. Kalau difikirkan betul-betul, untung ke buat loan 20k, dapat emas fizikal kemudian jual kesemua emas di kala harga melepasi PG Buy untuk menutup lubang hutang? Betul dah jadi agen tapi anda tak pegang dah emas fizikal sebab ianya dah dijual. Tahukah anda komisen belian agen di PB Gold adalah 1% untuk Normal Dealer, 1.5% untuk Priority Dealer dan 2% untuk Master Dealer. Ciput kan? Kalau bergantung pada posisi agen anda memang perlukan networking yang dashyat. Itupun sekiranya anda hanya bergantung kepada posisi ini sedangkan anda boleh jadi gila pangkat dengan memainkan peranan dalam semua posisi yang disebutkan di atas tadi.


EmoticonEmoticon