Rabu, 28 Mei 2014

Settlement MBSB 1st Attempt

Terkejut aku bila dapat tau cara nak buat Penyelesaian Penuh kat MBSB ni. Yeah baru tadi aku call MBSB untuk bertanyakan berapa full settlement untuk loan aku. dan memang sangat mengejutkan. Dan untuk menyelesaikan hutang tersebut aku perlu membuat Redemption Statement di cawangan terdekat, selepas aku dapat Redemption Statement tu (lebih kurang 3 bulan), barulah aku boleh kasi setel hutang personal aku kat MBSB tu.

Untuk mendapatkan kepastian face to face aku terus gerak ke MBSB cawangan Alamesra dan bertanyakan perkara yang sama iaitu penyelesaian awal hutang MBSB. Pegawai kat situ cakap aku perlu isi borang dan membayar RM100 untuk setiap permohonan Redemption Statement. Kemudian perlu tunggu sebulan untuk mendapatkan Redemption Statement tu. Wow! Aku tanya "Kalau aku ada duit untuk setel, adakah aku memerlukan Redemption Statement untuk setel ini hutang?" Simple dia jawab, "ya"

Lepas aku keluar dari Premis MBSB tu, aku berfikir panjang. Camna? Nak teruskan PLAN A atau PLAN B? Atau aku akan wujudkan PLAN C or D dan seterusnya? Ya, aku terfikir untuk buat PLAN C. Aku akan membiarkan hutang MBSB aku mereput kat dalam slip gaji aku wat masa ni.

*tu la sape suh wat loan dulu2 kan? hehehe!


EmoticonEmoticon