Selasa, 27 Mei 2014

Misi menjadi Agen Public Gold

Dalam dunia berkaitan bisnes emas ni, secara noobie nya aku akan bermula dengan menjadi Agen kepada Public Gold. 2 kali dah aku dengar penjelasan dari Encik Adzlan (pemilik kerajaanemas.com). Nasib baik dia tak bosan2 bagi penerangan kat aku. Dari penerangan dia, apa yang dapat aku simpulkan aku perlu untuk membeli emas bernilai RM20k. Ini adalah syarat di Public Gold untuk menjadi Normal Dealer.

Kenapa perlu untuk menjadi Normal Dealer di Public Gold ni ye? Sedangkan plan asal aku adalah membeli emas sedikit demi sedikit setiap bulan (916/999) dan kemudian terserah samada aku nak buat trading dari emas itu atau aku buat saving je. Tapi bila dipikirkan balik, ada lebih baik aku menjadi agen dahulu sebelum aku memijakkan kaki ke dunia pelaburan emas ni. Cuba tengok jadual kat bawah ni.

Gold Bar/Coin 24K
10 gramRM 1,446.00RM 1,331.00
20 gramRM 2,866.00RM 2,694.00
50 gramRM 7,131.00RM 6,739.00
100 gramRM 14,196.00RM 13,486.00
250 gramRM 35,290.00RM 33,702.00
500 gramRM 70,580.00RM 67,404.00

Jadual ini adalah berdasarkan harga emas pada 27 Mei 2014. Jadual sebenar berubah mengikut harga emas terkini dunia setiap 20 minit. Berbalik pada plan asal aku tadi iaitu membeli sedikit demi sedikit emas setiap bulan, setelah diteliti kembali, adalah agak merugikan sebab lagi banyak gram emas dibeli adalah lebih murah (berapa sen je pun) 10gm=144.60/gram, 20gm=RM143.30. Beza RM1.30 je pun per gram.

Tapi takpe, itu bukan isunya, sebab sekiranya kita menjadi agen setiap pembelian emas dari Public Gold kita akan mendapat komisen 1% dari setiap jumlah pembelian. Cth: beli 1gram = RM144.60, jadi dapatlah komisen RM1.45 untuk 1 gram tu. Itu utk 1 gram, klu 500 gram dapat RM705.80. Itu baru komisen, belum lagi untung runcit dan keuntungan kenaikan atau penurunan harga emas. Itu lainkali aku cerita.

Jadi sekarang aku perlukan RM20k untuk membeli emas dari Public Gold dan seterusnya menjadi Normal Dealer/Agen. Jenguk2 duit simpanan tak sampai hati nak kacau. Jadi misi aku seterusnya adalah macamana mendapatkan RM20k untuk menjadi Agen Public Gold tanpa usik duit simpanan.

**tak terjun tak rasa.

1 ulasan

  1. Harrah's Cherokee Casino Resort - Mapyro
    Harrah's Cherokee Casino Resort is located in Murphy, 순천 출장안마 North Carolina and is 김해 출장샵 open daily 24 hours. The 제주 출장마사지 casino 경산 출장마사지 is located 시흥 출장마사지 on the Qualla Boundary.

    BalasPadam


EmoticonEmoticon