Ahad, 17 Ogos 2014

Sejarah Turun Naik Harga Emas

Di kala petang yang sejuk ini, aku membuat sedikit research tentang sejarah turun naik harga emas dari tahun 2000 sehingga la yang terkini (tarikh artikel ini ditulis). Agak mengejutkan dan membuatkan aku tertanya kenapalah aku tak terdedah dengan ilmu emas sebelum ini. Kajian petang aku ni aku buat berdasarkan harga terendah emas pada bulan Disember untuk tahun 2000 sehingga 2013 dan tarikh terkini. Dan perbezaan kadar pertukaran matawang US Dollar ke Malaysian Ringgit pun diambil secara rawak berdasarkan bulan Disember pada tahun yang disebutkan tadi. Baca seterusnya untuk melihat pattern graf harga emas dunia.

bentuk graf harga emas dari tahun 1992 sehingga tahun 2014 di Metatrader.

Sebelum tu, kalau korang tengok pattern keseluruhan graf harga emas dari tahun 1992 ke 2014 korang akan nampak harga emas adalah mustahil akan turun pada harga terendah (dalam graf di atas) iaitu lebih kurang pada tahun 1997 ke tahun 2000. Harga emas terus menaik dan turun la sekali sekala dalam perjalanan ke puncak.

Jadual perubahan harga emas tahunan dunia.
Graf harga emas tahunan dunia.
Dalam membuat pengiraan harga emas, kadar pertukaran matawang jugak memainkan peranan untuk mendapatkan harga dalam Ringgit Malaysia. Kalau kita tengok jadual, harga emas sekarang lebih rendah berbanding pada tahun 2009 sehingga tahun 2012. Jadi ini adalah peluang untuk mendapatkan emas secara 'pukal' untuk memelihara nilai wang kita pada masa akan datang.

Jadi aku nasihatkan untuk korang start menyimpan emas dari sekarang. Ya! Harga emas dalam perjalanannya ke atas tetapi ianya seiring dengan nilai semasa pada zaman itu. Jadi tak perlu untuk tunggu harga emas jatuh mendadak baru nak beli emas fizikal ni. Kalau harga emas turun kira rezeki la untuk kita menambah bilangan gram emas dalam simpanan kita.

Kalau kat Public Gold, harga emas adalah yang terendah sebab nilai spread atau susut nilai yang terendah antara Syarikat Emas lain di Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan tentang emas dan pembelian bolehlah hubungi 0106009966. Sekian perkongsian untuk hari ini.


EmoticonEmoticon